Author Topic: MENOPOUS vs ANDROPOUS  (Read 4601 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline Syidi Tokey Arnab

  • Sekolah Rendah
  • **
  • Posts: 424
  • aku dan suatu masa
    • Email
MENOPOUS vs ANDROPOUS
« on: May 11, 2010, 11:35:57 AM »
SELAMA ini, isu menopaus sering menjadi bahan jenaka bagi kebanyakan lelaki terutama untuk mengusik wanita yang mulai mencecah usia 40-an. Tetapi, hakikatnya lelaki juga mengalami ?menopaus?.

Kajian terbaru mengenai andropaus atau lebih dikenali sebagai ?menopaus? untuk lelaki mungkin membuatkan lelaki tidak senang duduk. Berdasarkan kajian itu, hampir separuh daripada lelaki berusia 40 hingga 60 tahun mengalami gejala andropaus pada tahap tertentu dalam hidup mereka.

Jadi, apa sebenarnya andropaus? Adakah ia krisis pertengahan umur? Ringkasnya, andropaus adalah penurunan tahap testosteron, hormon seks utama lelaki. Istilah menopaus bagi lelaki itu atau PADAM yang membawa maksud penurunan separa Androgen di kalangan lelaki berumur adalah perkara lumrah sejajar dengan peningkatan usia.

Bagi sesetengah lelaki, pengalaman itu berlaku secara perlahan, selain penurunan pada keinginan seks, tumpuan minda dan kecergasan fizikal. gejala lain termasuk perubahan emosi, buncit dan penurunan tenaga membuatkan seseorang itu sering rasa penat. Masalahnya, lelaki yang menderita gejala andropaus lazimnya didiagnos sebagai mengalami krisis pertengahan usia menyebabkan mereka tidak menerima rawatan sewajarnya.

Inilah silapnya. Krisis pertengahan umur adalah masalah psikologi, bukannya isu kesihatan fizikal. Lazimnya, masalah ini berlaku apabila seseorang lelaki itu sampai ke satu tahap apabila mereka menghadapi sedikit cabaran atau pencapaian dalam hidup.

Ketika mengalami krisis pertengahan umur ini, kebanyakan lelaki akan mengalami perubahan besar dalam kerjaya, perkahwinan dan fungsi keibubapaan. Perubahan ketara itu lazimnya akan menyebabkan kekeliruan dan kemurungan yang sering dikaitkan dengan krisis pertengahan umur.

Berbeza dengan andropaus yang dikaitkan dengan fenomena psikologi sebenar berpunca daripada penurunan dalam penghasilan testosteron dan memberi kesan kepada beberapa aspek fizikal dan emosional.

Meskipun ramai lelaki yang enggan mengaku mereka menghadapi masalah berkenaan, kebanyakan penyelidik termasuk pakar perubatan antarabangsa sudah pun mengakui kehadiran andropaus. Malah, laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan hormon lelaki, androgen mulai berkurangan seiring dengan usia.

Kajian dilakukan bagi menguji tahap androgen pada usia 25 dan 70 itu mendapati tahap androgen hanyalah 10 peratus berbanding ketika mereka masih muda. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan, tetapi jika anda masih merasakan ia tidak mencukupi, mungkin anda boleh mencuba terapi penggantian testosteron (TRT) yang boleh didapati dalam bentuk pil atau suntikan.

Antara terbaru yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia ialah Andriol Testocaps, TRT yang diambil secara makan. Memandangkan jangka hayat lelaki kian meningkat, adalah lebih baik jika mereka menikmati usia emas dengan bermutu. Anda pasti tidak mahu menikmati usia tua dengan pelbagai masalah dan penyakit, kerana pengambilan TRT boleh mengembalikan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Oleh itu, jika anda mengalami pelbagai gejala yang menunjukkan anda mengalami andropaus, berjumpalah doktor segera untuk mendapatkan nasihat. jangan biarkan andropaus menghantui hidup anda!!!

p/s: Lepas ni pasti ada lelaki yang jenis samdol dan anonymous komplen macam2 lagi pasal n3 berkaitan pendidikan seks dan masalah kehidupan berumahtangga ini, seolah2 diorang semua tidak akan melalui fasa kehidupan ini.

Apa yang gua sampaikan di blog ini adalah pelajaran dan peringatan kepada semua termasuk diri gua sendiri, kita bakal lalui semua fasa kehidupan sebermula awal perkahwinan hinggalah mati. Apatah lagi dengan sikap genetik melayu yang malu untuk berkongsi/bercerita masalah rumahtangga, kebanyakkannya berpunca dari bilik tidur, kewangan, gangguan pihak ketiga dan macam2 lagi.

Ada juga apabila kita lihat seseorang itu apabila melewati umur 40an... menunjukkan perubahan, yang elok tu... alhamdulillah, tetapi jika pada masa itu... dia mula pasang badan... mencari alternatif lain... amacam...? sebabnya kerana kurang ilmu pengetahuan....

Bagi yang berpengalaman dan telah melalui fasa yang di katakan krisis pertengahan hidup, mungkin faham dengan maksud gua dan di alu-alukan berkongsi pengalaman lu orang semua di sini.

sumber: ISA


« Last Edit: February 24, 2011, 09:02:37 PM by bidan »

Offline MALIM

  • Moderator
  • Sekolah Menengah
  • *****
  • Posts: 898
  • proud to ware KS.net t shirt..
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #1 on: May 11, 2010, 06:51:07 PM »



[/quote]
 :) Bagus nie ...Topic baru ...Jap lagi baca...nak gi gumah sebelah jap.....Lama tak gi.... ;D

Offline rizal jj

  • Universiti
  • *****
  • Posts: 3358
  • keluargaku tetap diutamakan
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #2 on: February 24, 2011, 03:38:59 PM »
Satu topik yg baik untuk kaum lelaki seperti den... ;D  ;)
tgh free sikit baru leh menyelongkar topik2 yg dah terlepas...
Bg Bidan kena baca topik ni... ;D  ;D Bg malim dah abis sambung baca tak... ::)  ::)  ;D

Offline MALIM

  • Moderator
  • Sekolah Menengah
  • *****
  • Posts: 898
  • proud to ware KS.net t shirt..
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #3 on: February 24, 2011, 04:44:17 PM »
Satu topik yg baik untuk kaum lelaki seperti den... ;D  ;)
tgh free sikit baru leh menyelongkar topik2 yg dah terlepas...
Bg Bidan kena baca topik ni... ;D  ;D Bg malim dah abis sambung baca tak... ::)  ::)  ;D
klu dah pous2 apa lagi jdi lah pemancing sepenuh masa..... ;D ;D ;D ;D ;D

Offline bidan

  • Administrator
  • Universiti
  • *****
  • Posts: 4915
    • Time To Time computer Service
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #4 on: February 24, 2011, 09:13:18 PM »
Satu topik yg baik untuk kaum lelaki seperti den... ;D  ;)
tgh free sikit baru leh menyelongkar topik2 yg dah terlepas...
Bg Bidan kena baca topik ni... ;D  ;D Bg malim dah abis sambung baca tak... ::)  ::)  ;D
klu dah pous2 apa lagi jdi lah pemancing sepenuh masa..... ;D ;D ;D ;D ;D

SEMUA AKAN MENUJU KE ARAH ITU... TAPI PASTI ADA PENYELESAIANNYA... KALAU DO DIAM JE MMG LA HABIS SEMUA PERKARA PAUSE.  KITA DIBERIKAN AKAL DAN FIKIRAN. KALAU PONPUAN DIA KENA LA CARI TEKNIK DAN CARA CAM MANA NAK MENGATASINYA.... KALAU LELAKI PUN SAMA LA... KALAU DUA-DUA DOK PAUSE JE JENUH LA... TAK AMAN LA DUNIA....

P/S - TUAN MALIM DAH PAUSE BELUM?
JOM MANCEN SAMPAI PENSAN...

Offline rizal jj

  • Universiti
  • *****
  • Posts: 3358
  • keluargaku tetap diutamakan
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #5 on: February 25, 2011, 01:28:26 AM »
tak kan Bg Malim dah pause... ;D  ;D
tulang dawai...urat besi.... ;)

Offline Pengail376

  • Sekolah Rendah
  • **
  • Posts: 304
    • mancing selamanya
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #6 on: May 13, 2011, 01:12:18 AM »
tak kan Bg Malim dah pause... ;D  ;D
tulang dawai...urat besi.... ;)

darah asid tu kulit bawangggg
« Last Edit: May 13, 2011, 07:01:46 AM by Eskayz »
memancing umpama mencari benda yg hilang,//////
jadi carilah dengan penuh kesabaran,////////////
http://duniahanyir376.blogspot.com/ .... http://pengail376.blogspot.com/

Offline rizal jj

  • Universiti
  • *****
  • Posts: 3358
  • keluargaku tetap diutamakan
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #7 on: May 13, 2011, 09:35:22 AM »
tak kan Bg Malim dah pause... ;D  ;D
tulang dawai...urat besi.... ;)

darah asid tu kulit bawangggg

fuhhh...lagi tererr... ;D  ;D

Offline pokdik

  • Moderator
  • Kolej
  • *****
  • Posts: 1732
  • KALAU KERINDUAN CALL 0162826501
    • pancingmurah
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #8 on: May 13, 2011, 02:33:25 PM »
salah satu tanda2 lelaki monopos adalah bila diajak mancing dia akan jawab









alaaa.... abang kena jaga cc la... x da orang tolong.... caboooooooooootttttttttttttttt.............

Offline rizal jj

  • Universiti
  • *****
  • Posts: 3358
  • keluargaku tetap diutamakan
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #9 on: May 13, 2011, 03:17:36 PM »
haaa...haaa....statement brani mati ni....
sib baik ang ada kat kg pokdik ..... ;D  ;D  ;D

Offline bidan

  • Administrator
  • Universiti
  • *****
  • Posts: 4915
    • Time To Time computer Service
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #10 on: May 13, 2011, 10:28:32 PM »
salah satu tanda2 lelaki monopos adalah bila diajak mancing dia akan jawab









alaaa.... abang kena jaga cc la... x da orang tolong.... caboooooooooootttttttttttttttt.............

Biar dia kata banyak2 sikit... nanti kita g cari tenggiri kita tinggai je dianya...
JOM MANCEN SAMPAI PENSAN...

Offline ojang

  • Tadika
  • *
  • Posts: 115
    • Email
Re: MENOPOUS vs ANDROPOUS
« Reply #11 on: May 16, 2011, 05:06:32 PM »
Viagra Viagra  :P :P